Piala AFC: Longhi Akui Gembira Tapi Belum Puas Hati

Foto kredit: Johor Southern Tigers

PETALING JAYA: Pengendali Johor Darul Ta'zim, Raul Longhi mengakui dia tidak berpuas harti dengan keputusan perlawanan Piala AFC ketika pasukannya bertemu Tampines Rovers di Singapura pada Selasa.

Bagaimanapun, Longhi tetap gembira dengan percubaan barisan pemainnya sehingga perlawanan berkesudahan seri tanpa sebarang jaringan.

"Saingan bertemu pasukan Tampines Rovers merupakan satu perlawanan yang sukar. Kami mempunyai banyak masalah seperti beberapa pemain mengalami kecederaan.

"Namun JDT tetap berusaha untuk bangkit bagi meneruskan perlawanan dan melakukan serangan.

"Penjaga gol mereka juga sering memberikan bola jauh dan ia baik untuk kami, namun kami tidak mempunyai banyak peluang pada separuh masa kedua," jelas Longhi dalam satu kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers.

Jurulatih kelahiran Argentina ini juga mengakui skuadnya berdepan dengan sedikit masalah di bahagian tengah perlawanan.

"Pemain kami telah cuba bermain dengan menggunakan taktikal hantaran pendek dalam perlawanan ini dan ia agak sedikit sukar di atas padang sintetik.

"Namun inilah bola sepak. Padang kami berbeza dan saya menjangkakan Tampines Rovers akan mengalami sedikit kesukaran untuk bermain di padang kami," katanya sambil menambah skuadnya hanya berjaya membawa pulang satu mata.

"Kami akan cuba sehabis baik untuk memenangi tiga mata penuh dalam perlawanan bertemu Tampines Rovers di Larkin, Johor nanti.

"Saya berasa gembira dengan percubaan pemain pada perlawanan ini, namun tetap tidak berpuas hati dengan keputusan keseluruhan," katanya.

JDT, Tampines Rovers

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain