Zidane Dedah Bale Masih Penting Di Real Madrid - Sukan | mStar

Zidane Dedah Bale Masih Penting Di Real Madrid

GARETH Bale masih menjadi pemain penting untuk Real Madrid, ujar Zinedine Zidane.

Bintang Wales berusia 28 tahun itu berada di bangku simpanan ketika sepak mula aksi kemenangan 2-1 ke atas Paris Saint Germain awal pagi Rabu.

Bagaimana pun Bale dipanggil menghabiskan 14 minit terakhir perlawanan.

"Paling penting adalah semua skuad dan pemain. Saya menghormati semua pemain - termasuk Gareth Bale.

"Memang benar dia bermula dibangku simpanan pada pusingan pertama, begitu juga malam ini, tetapi ia tidak menjadi masalah.

"Saya perlu memilih pemain dan Gareth adalah pemain penting dan ia akan begitu sehingga akhir," jelas Zidane.

Pengendali kelahiran Perancis itu memiolih Lucas Vazquez dan Marco Asensio berbanding Bale merupakan satu taktikal.

"Sangat penting untuk meletakkan mereka berdua berdepan dengan empat pertahanan.

"Dan ianya berjalan lancar. Saya perlu memilih setiap tiga hari dan hari ini mereka berada dalam perancangan."

Gareth Bale , Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain