Pablo Pallares Ambil Hati? - Sukan | mStar

Pablo Pallares Ambil Hati?

Pablo Pallares

PABLO Pallares sedar dirinya dikritik penyokong Kedah berikutan kegagalannya menjaringkan gol dalam perlawanan sebelum ini.

Bagaimanapun, penyerang kelahiran Sepanyol itu tidak ambil hati dengan kritikan tersebut sebaliknya berazam untuk beraksi lebih baik jika diturunkan ketika Kedah menentang Kuala Lumpur di Cheras minggu ini.

Jelasnya, sebagai pemain profesional, dia perlu berdepan kritikan dan menjadikan ia sebagai dorongan untuk menjadi penyerang lebih baik untuk skuad hijau kuning.

"Saya tahu ramai penyokong tidak puas hati dengan aksi saya sebelum ini, tapi saya tidak ambil hati dengan tindakan mereka kerana ini cabaran kami sebagai pemain.

"Untuk itu saya berazam beraksi dengan lebih baik jika diberi peluang oleh ketua jurulatih, Ramon Marcote dalam perlawanan minggu ini.

"Saya mahu membuktikan kemampuan yang ada dan membalas kepercayaan serta tanggunggjawab yang diberikan sebagai penyerang pasukan Kedah.

"Semasa direhatkan ketika perlawanan Piala FA menentang Negeri Sembilan, saya memang tidak senang duduk melihat rakan-rakan berjuang di atas padang.

"Oleh itu dalam perlawanan kali ini saya mahu memastikan kita pulang dengan tiga mata dan tidak mengecewakan harapan penyokong kita," katanya kepada mStar Online.

Pallares berkata, dia juga tidak sabar lagi menantikan perlawanan menentang Kuala Lumpur kerana telah pulih daripada kecederaan yang dialami sebelum ini.

"Ikutkan hati saya mahu bermain dalam setiap perlawanan untuk membantu Kedah, tapi perancangan dan strategi jurulatih untuk pasukan lebih penting.

"Oleh itu, jika saya diturunkan kembali, saya mahu melakukan sesuatu yang dapat memberi kelebihan buat Kedah yang merupakan sebuah pasukan yang hebat," ujarnya.

Pablo Pallares , Ramo Marcote

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Kedah Tanpa Pablo Pallares

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain