suria

United Sedia 'Caras' Liverpool

MANCHESTER United dan Liverpool mula membuat tawaran terbaik dalam mendapatkan pemain Napoli.

Pengurus United, Jose Mourinho dilihat terdesak untuk mendapatkan pemain tengah Jorginho musim baharu nanti dengan tawaran 50 juta pound.

Manakala Jurgen Klopp pula yakin berada di landasan selesa menarik Jorginho bagi menggantikan posisi Emre Can.

Dilaporkan  Mourinho sudah pun menghantar wakilnya untuk memantau pemain tersebut beberapa kali musim ini termasuk ketika Napoli bertemu Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara sebelum ini.

Jorginho yang menyertai Napoli pada tahun 2014, dianggap salah seorang pemain tengah terbaik di Eropah.

Malah karektor dinamiknya itu telah membantu Napoli berada di kedudukan teratas Serie A musim ini.

Situasi itu menjadikan Mourinho bertambah yakin dengan pemain ini dengan digantingkan bersama Nemanja Vidic.

Malah ia juga bakal mengisi kekosongan dalam skuad Mourinho apabila Fellaini dilapor mahu meninggalkan Old Trafford sebaik sahaja tamat musim ini.

Pemain antarabangsa Beligium itu menolak dua tawaran daripada united sejak September lalu.

Ini kerana difahamkan, Felllaini mahu kontrak yang lebih panjang kerana dia yakin ia bakal menjadi kontrak besar terakhir baginya di United.

Manchester United, Liverpool

Artikel Berikut

Artikel Lain