suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juara Milik Kami - Guardiola

Guardiola (kanan) bersama sebahgian pemainnya selepas aksi menang ke atas Arsenal awal pagi Jumaat.

SKUAD Manchester City semakin hampir merangkul trofi Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan 3-0 ke atas Arsenal pada saingan liga awal pagi Jumaat mengukuhkan lagi keyakinan Pep Guardiola bahawa trofi musim ini sudah pun menjadi milik mereka.

Kemenangan itu menyaksikan City  mengumpul 75 mata daripada 28 perlawanan, jauh meninggalkan pencabar terdekat, Manchester United.

Di atas kertas, bayangan trofi sudah jelas, namun, Guardiola hanya perlu menang lima daripada sepuluh baki perlawanan musim ini bagi mengesahkan kejuaraan mereka.

"Kami sudah tutup. Ia sudah berada di tangan kami dan tidak boleh dinafikan lagi," jelas Guiardiola yang mahu anak buahnya fokus kepada perlawanan bertemu Chelsea Ahad ini.

Dalam masa sama, Guardiola turut bersimpati dengan pengurus Arsenal.

"Dia tahu saya amat mengkaguminya...saya juga sedar semua pengurus akan berada dalam situasi itu.

"Saya yakin dia akan membuat keputujsan betul untuk kelab dan dirinya," tambah Guardiola merujuk kepada Arsene Wenger.

Manchester City, Pep Guardiola

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain