suria

Hari Berbeza, Keputusan Sama Buat Arsenal

ARSENAL sekali lagi dimalukan Manchester City, dan kali ini dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Skuad Arsene Wenger itu tewas 3-0 ketika kunjungan City ke Satdium Emirates sekaligus menyaksikan The Gunners tewas dua kali berturut-turut kepada pendahulu liga itu.

Ahad lalu mereka kecundang di tangan City pada aksi akhir Piala Carabao.

Kemenangan ini juga mengukuhkan kedudukan skuad Pep Guardiola dengan kelebihan 16 mata di tangga teratas liga.

Sebaliknya, Arsenal terpaksa menghuni kedudukan keenam liga yang menambahkan lagi tekanan kepada Wenger.

Pun begitu, Wenger tetap memuji aksi pemain-pemainnya berbanding ketika perlawanan Ahad lalu.

"Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah kekal fokus dan tetap bersama serta terus bekerja kuat.

"Tahap keyakinan semakin rendah. Mereka perlu menunjukkan bahawa mereka boleh bermain dengan Arsenal.

"Secara keseluruhannya anda mahu memberi sesuatu kepada penyokomg dengan permainan yang berkualiti," jelas Wenger.

Arsenal, Arsene Wenger

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain