suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain City 'Menggigil' Redah Salji Ke Stadium Emirates

Salji dijangka akan turun berterusan sehingga pagi Jumaat. - Eamonn/James Clarke

PEMAIN-PEMAIN Manchester City pada pagi Khamis meredah angin sejuk dan salji lebat untuk menuju ke selatan bagi menempuh pertarungan Liga Perdana Inggeris melawan Arsenal di Stadium Emirates.

Pemain Liga Perdana Inggeris itu dirakam berada di luar stesen Piccadilly di Manchester dalam keadaan kedinginan.

Arsenal mengesahkan permainan akan tetap berlangsung walaupun berdepan cuaca buruk, tetapi telah menggesa para penyokong untuk keluar rumah lebih awal bagi memastikan mereka mempunyai masa yang cukup untuk sampai ke stadium.

Pep Guardiola berharap pasukannya dapat menghadiahkan keputusan serupa pada petang Khamis iaitu kemenangan 3-0 seperti yang berlaku pada perlawanan akhir Piala Carabao minggu lalu.

Bos Sepanyol itu mendapati dirinya berada di kedudukan yang kurang baik pada Khamis pagi setelah gara-gara suhu melampau di Manchester, namun sempat meluahkan rasa simpati kepada seterunya Arsene Wenger kerana City akan berusaha untuk merampas gelaran juara liga. - Daily Mail

Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Apa itu 'Feeder Club'?

Artikel Lain