suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guardiola Sedia Tanggal Riben Kuning

PEP Guardiola mengakui Manchester City lebih penting daripada riben kuning yang dipakainya.

Pengurus itu memberitahu bahawa dia tidak akan membiarkan perkara peribadi 'merosakkan' Manchester City.

Guardiola sebelum ini diberi amaran dikenakan denda oleh FA kerana melibatkan kenyataan politik.

FA mengarahkan supaya Guardiola tidak memakainya ketika berada di padang atau perlawanan sedang berlangsung, sebaliknya bebas jika ingin dipakai di luar padang.

Bos City itu diberi tempoh sehingga Isnin lalu untuk membuat penjelasan kepada FA.

Pada Rabu Guardiola mengesahkan dia akan menghantar surat bertulis kepada FA untuk penjelasan.

"Sudah tentu saya tidak mahu merosakkan kelasn atau pasukan saya. Merka tahu pandangan saya, mudah sahaja.

"Paling penting apa yang berlaku dalam pasukan saya berbanding perkara peribadi.

"Saya terbuka dengan FA dan akan menulis surat penjelasan kepada mereka," jelasnya.

Guardiola, 47, memakai riben kuning itu bagai menyokong dua ahli politik Catalan yang dipenjara.

Pep Guardiola, Manchester City

Artikel Sebelum

Apa itu 'Feeder Club'?

Artikel Lain