suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mislintat Cadang Nagelsmann Jadi Pengurus Baharu Arsenal

Julian Nagelsmann

KETUA Perekrut Pemain Sven Mislintat mendesak supaya posisi Arsene Wenger digantikan dengan muka baharu.

Mislintat memberitahu Julian Nagelsmann adalah orang yang tepat untuk memikul tugas pengurus di Emirates.

Nagelsmann menjadi jurulatih termuda dalam sejarah Liga Jerman apabila menguruskan Hoffenheim pada usia 28 tahun padat tahun 2016 dan membawa kelab layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama.

Malah Mislintat percaya, corak permainannya amat sesuai dengan skuad Arsenal dan mendesak pihak pengurusan melantiknya.

Kedudukan Wenger akhir-akhir ini semakin goyang, lebih-lebih lagi selepas dimalukan Manchester City dua kali berturut-turut minggu ini.

Ahad lalu mereka tewas 3-0 pada aksi akhir Piala Carabao kepada City, manakala kalah dengan jumlah yang sama dalam saingan Liga Perdana pagi Jumaat.

Selain itu, ada juga cadangan untuk supaya melantik jurulatih Monaco Leonardo Jardim serta Thierry Henry bagi jawatan utama di Arsenal itu.

Julian Nagelsmann, Arsenal

Artikel Sebelum

Kedah Tanpa Pablo Pallares

Artikel Berikut

Artikel Lain