suria

Sanchez Dihukum Penjara 16 Bulan, Tapi...

David De Gea dan Alexis Sanchez semasa perlawanan menentang Huddersfield Town pada Ahad lalu. - Reuters

ALEXIS Sanchez dijatuhkan hukuman penjara selama 16 bulan kerana melakukan penipuan cukai di Sepanyol - tetapi pemain Manchester United itu akan mengelakkan diri daripada hukuman tersebut.

Pejabat pendakwaraya tempatan, Fiscalia de Barcelona mengesahkan tentang perkara itu kepada Press Association Sport, penyerang berusia 29 tahun itu menerima dua hukuman penjara dengan tempoh lapan bulan setiap satu kerana gagal menjelaskan cukai selama berada di Barcelona.

Tetapi, bintang baharu United itu tidak akan dipenjarakan ke penjara jika hukuman itu kurang dari dua tahun.

Laporan oleh agensi EFE, Sanchez mencapai satu persetujuan yang mana dia didakwa menipu Perbendaharaan Sepanyol sebanyak satu juta euro (RM4.79 juta) dan menyembunyikan pendapatan hak cipta gambar antara tahun 2012 dan 2013.

Menurut artikel tersebut, pemain kelahiran Chile itu akan nilai cukai itu termasuk faedah dan denda sebanyak 590,065 euro (RM2.8 juta) serta tidak akan menerima bantuan umum atau insentif cukai di Sepanyol selama dua tahun.

Sanchez merupakan pemain terkini dalam bola sepak yang dikejar oleh pihak berkuasa Sepanyol.

Pengurusnya, Jose Mourinho mendakwa dia membayar semua hutang tersebut kepada pihak berkuasa ketika dia masih di Real Madrid selepas muncul di mahkamah pada November.

Beberapa tahun lalu, Lionel Messi, Angel Di Maria dan Javier Mascherano juga antara pemain yang telah disabitkan dengan kes membabitkan bayaran cukai.

Sementara itu, Cristiano Ronaldo pula sedang melawan dakwaan berhubung penipuan cukai terhadap dirinya. - Eurosport

Alexis Sanchez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain