suria

Lagi Letak Harga De Gea

David De Gea. Foto Reuters

MANCHESTER United dilaporkan meletakkan harga sebanyak £115 juta (RM625 juta) selepas Real Madrid sekali lagi cuba untuk mendapatkan penjaga gol, David De Gea.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez menyasarkan pemain kelahiran Sepanyol itu sejak bertahun-tahun.

Malah kelab itu hampir memuktamadkan kontrak bersama De Gea pada musim panas 2015 tetapi kesilapan pengurusan saat akhir menggagalkan hasrat berkenaan.

Bagaimanapun, kelab bola sepak di Sepanyol itu masih terdesak untuk mengukuhkan kedudukan penjaga gol mereka, dengan De Gea dijangka menjadi perhatian sekali lagi untuk perpindahan kelab.

Menurut Sport, Manchester United nekad mengekalkan pemain itu dan memberitahu Real Madrid bahawa mereka akan menetapkan harga £115 juta (RM625 juta) untuk De Gea meskipun kontrak pemain itu hanya berakhir pada 2019.

Pengurus pasukan, Jose Mourinho menjadikan masa depan De Gea sebagai salah satu keutamaan utamanya.

Penjaga gol itu sekali lagi menunjukkan prestasi yang cemerlang pada musim ini.

Bagaimanapun, Mourinho mengetahui De Gea mempunyai keinginan untuk kembali ke Sepanyol. - Mail Online

David De Gea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain