Malaysia Bangkit Tewaskan Myanmar 5-0 - Sukan | mStar

Malaysia Bangkit Tewaskan Myanmar 5-0

Lee Zii Jia ketika beraksi menentang Phone Pyae Naing dari Filipina pada Kejohanan Badminton Asia di Stadium Sultan Abdul Halim Suka Menanti, Rabu. Foto Bernama

ALOR SETAR: Pasukan lelaki Malaysia mencatat kemenangan mudah 5-0 ke atas Myanmar dalam aksi Kumpulan C Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2018 di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, di sini Rabu.

Lee Zii Jia, turun selaku pemain perseorangan pertama selepas Datuk Lee Chong Wei direhatkan pada Rabu, menyumbangkan mata pertama apabila menumpaskan Phone Pyae Naing 21-3, 21-10 diikuti kemenangan Soong Joo Vern, yang hanya mengambil masa 22 minit untuk menewaskan Aung Myo Htoo 21-9, 21-7.

Iskandar Zulkarnain Zainuddin turut tidak menghadapi masalah untuk meraih mata ketiga Malaysia setelah mengalahklan Chan Win Oo 21-10,  21-10.

Pasangan beregu kedua negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pula beraksi selama 20 minit sebelum menyumbangkan mata keempat apabila menumpaskan gandingan Myanmar Arkar Phone Myat-Hein Si Thu Toe 21-5, 21-5.

Beregu ketiga Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Mohd Rumsani, yang membuat penampilan pertama pada kejohanan berkenaan pada Rabu, juga tidak mengecewakan selepas meraih mata kelima setelah mencatat kemenangan 21-12, 21-9 ke atas Aung Myo Htoo-Chan Win Oo. - Bernama

Lee Zii Jia

Artikel Sebelum

Sanchez Dihukum Penjara 16 Bulan, Tapi...

Artikel Berikut

Lagi Letak Harga De Gea

Artikel Berkaitan

Akhirnya Sentuhan Magis Messi

champions

Keputusan Liga Juara-Juara

Lebih Artikel