suria

Sanchez Kongsi Gembira Terbang Ke Paris

Sanchez bergambar bersama keluarganya berlatar belakang Eiffel Tower di Paris.Instagram: Alexis Sanchez

ALEXIS Sanchez berkongsi kegembiraan menyumbat gol pertama untuk kelab baharunya bersama keluarga tersayang.

Bekas bintang Arsenal itu meledak gol untuk Menchester United pada aksi pertama bertemu Huddersfield minggu lalu ketika aksi kemenangan 2-0.

Berbaloi dengan gaji yang diterima 350,000 pound seminggu, Sanchez tidak menunggu lama untuk melakar nama sebagai penjaring gol untuk United.

Dia terbang ke Paris bersama keluarganya menaiki jet mewah ke ibu negara Perancis itu.


Pemain antarabangsa Chile itu memuat naik gambar di laman Instagram miliknya bersama ahli keluarga.

Dalam pada itu, bekas penyerang  United, Wayne Rooney mengakui kehadiran Sanchez banyak mengubah rentak kelab itu.

"Sanchez akan melakukannya. Dia adalah pemain yang kamu mahu kerana dia akan meninggalkan pemain lain dan mendapat kelebihan lima peratus," ujar Rooney.

Artikel Berikut

Artikel Lain