suria

Liga Premier: Sarawak Curi Satu Mata Di Terengganu

Aksi pemain TFC II dan Sarawak pada Isnin malam. Foto: FMLLP

TERENGGANU: Sarawak berjaya mencuri satu mata berharga apabila mengikat Terengganu Football Club II (TFC II) 1-1 pada aksi kedua Liga Premier di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada aksi Isnin malam.

TFC II terlebih dahulu berada di hadapan menerusi penyerang prolifik kelahiran Nigeria, Akanni Sunday Wasiu yang mudah menjaringkan gol seawal minit pertama selepas rembatan Mohd Haidhir Suhaini gagal ditepis dengan kemas penjaga gol Sarawak.

Serangan demi serangan yang dilancarkan anak buah Mustafa Kamal Abdul Wahab, bagaimanapun gagal menggandakan jaringan buat skuad Sang Penyu.

Nasib ternyata tidak menyebelahi TFC II apabila Sarawak berjaya mengikat kedudukan pada masa kecederaan babak kedua menerusi ayam tambatan mereka, Bobby Gonzales untuk kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata.

TFC II akan bertemu MIFA dalam perlawanan seterusnya di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya manakala Sarawak bakal menerima kunjungan Felcra FC di Kuching, minggu depan.-Bernama

Liga Premier, Sarawak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain