suria

Rooney Kritik Aksi Chelsea, Carragher Dedah Conte Mungkin Dipecat

Kedudukan Conte makin goyang selepas tewas dua kali berturut-turut.

WAYNE Rooney menggambarkan kekalahan Chelsea kepada Watford adalah yang terburuk setelah sekian lama.

Skuad kendalian Antonio Conte itu tewas 4-1 kepada Watford pada aksi di Vicarage Road.

Keputusan tersebut menyaksikan Chelsea ketinggalan 19 mata daripada pendahulu liga, Manchester City.

"Ini adalah persembahan terburuk Chelsea yang saya lihat sejak sekian lama.

"Kebiasaanya Chelsea adalah pasukan yang bijak, sukar ditewas dan anda perlu mencari peluang bersaing dengan mereka yang menguruskan permainan dengan baik.

"Tetapi malam ini Watford seperti senang bersaing dengan mereka," ujar pemain Everton itu.

Dalam pada itu, bekas penyerang Liverpool Jamie Carragher bimbang keadaan ini akan menjunamkan Chelsea ke kedudukan ke bawah.

"Terdapat peluang dia (Conte) untuk perbaiki keadaan sebelum perlawanan seterusnya kerana berdasarkan rekod sebelum ini yang bertukar pengurus jika mereka risau mengenai peluang untuk ke Liga Juara-Juara.

"Conte ada memberitahu sebelum ini bahawa dia mahu ahli lembaga menyokongnya. Tetapi Roman Abramovic (pemilik) tidak bersuara sejak itu.

"Watford jauh lebih baik. Chelsea tidak nampak mahu menjaringkan gol pada separuh masa kedua.

"Dan ini tidak ada apa-apa yang boleh dikaitkan dengan skuad Conte.

"Adalah timbul perbalahan antara pengurus dan pemain?," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain