suria

Deeney Rai Gol Dengan Isyarat Lucah

TROY Deeney meraikan jaringan gol dengan menunjukkan isyarat lucah.

Tindakan penyerang Watford itu menambah lagi kejutan ke atas penyokong Chelsea apabila dia membuka gol pertama untuk Watford.

Deeney menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-42 selepas Gerard Deulofeu menjatuhkan Thibaut Courtois.

Pemain berusia  29 tahun itu diejek penyokong Chelsea sebelum menyempurnakan sepakan padu ke arah gol.

Sebaik sahaja wisel gol dibunyikan, Deeney berlari dan menunjukkan isyarat lucah tersebut.

Sebagai rekod, pemaain England sebelum ini, Dele Alli dikenakan hukuman gantung satu perlawanan dan denda sebanyak 3,800 pound (RM208,025) oleh badan induk bola sepak England.

Troy Deeney, Watford, Isyarat Lucah

Artikel Sebelum

Mahrez 'Hilang' Lagi

Artikel Berikut

Artikel Lain