suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iskandar Terus Cemerlang Di India

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin mengekalkan momentum cemerlang apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India di New Delhi pada Jumaat.

Selepas menyingkirkan pemain nombor tiga  dunia, K. Srikanth dari India semalam, pemain negara berusia 27 tahun itu meneruskan rentak cemerlang dengan mengetepikan pemain tuan rumah, Sameer Verma, 21-17, 21-14 pada perlawanan suku akhir.

Beliau akan berdepan pilihan keempat, Shi Yuqi pada saingan separuh akhir pada Sabtu selepas pemain China itu mengalahkan pemain pilihan keenam dari Taiwan, Wang Tzu Wei 21-13, 21-12 pada satu lagi aksi suku akhir.

Bagaimanapun, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tersingkir daripada kelompok lapan terakhir selepas tewas 11-21, 19-21 kepada pilihan keenam, He Jiting-du Yue dari China.- Bernama

iskandar, terbuka India

Artikel Sebelum

Jika Rezeki Tak Ke Mana - Baddrol

Artikel Berikut

Artikel Lain