Jika Rezeki Tak Ke Mana - Baddrol - Sukan | mStar

Jika Rezeki Tak Ke Mana - Baddrol

“JIKA rezeki kami, Kedah akan menang malam ini, apa yang penting kami akan berusaha untuk menjadikan kemenangan milik kita."

Itu azam pemain berpenglaman Kedah, Baddrol Bakhtiar menjelang aksi menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi merebut Piala Sumbangsih di Larkin.

Baddrol yang menyambut hari lahirnya pada 1 Februari lalu mengakui, berdepan juara Liga Super musim lalu itu bukan tugasan mudah, namun ia juga bukan mustahil buat skuad hijau kuning yang mempunyai rekod tersendiri.

“Kami berazam untuk memberikan prestasi  yang terbaik tidak kira siapa bakal dipilih oleh Ketua Jurulatih, Ramon Marcote untuk berada dalam kesebelasan utama yang akan memulakan permainan.

“Kami juga akan beraksi habis-habisan untuk mencapai kemenangan pada perlawanan ini dan kalau ada rezeki sudah pasti kami mampu membawa pulang Piala Sumbangsih yang dimenangi tahun lalu.

“Walaupun kami bukan pasukan pilihan dan lawan pula sebagai tuan rumah, tapi rakan sepasukan kami mempunyai kemampuan untuk membawa pulang piala ini," katanya kepada mStar Online.

Baddrol memberitahu, Marcote juga pastinya mmempunyai ramuan terbaik dengan gandingan pemain import dan tempatan yang juga terdiri daripada anak muda Kedah.

Jelasnya, sesiapa pun yang akan diturunkan nanti telah melakukan persediaan sebaik mungkin dari segi fizikal dan mental, selain perlu memberikan perhatian sepenuhnya sepanjang permainan.

Baddrol selain itu turut meminta penyokong Kedah yang hadir untuk terus membakar semangat pemain bagi memastikan sasaran membawa pulang piala tercapai malam ini.




Baddrol , Piala Sumbangsih , JDT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Iskandar Terus Cemerlang Di India

Artikel Berkaitan

Artikel Lain