suria

Siaran Langsung TV3 Batal, Perlawanan JDT-Kedah Beralih Ke 703

PETALING JAYA: Peminat bola sepak tanah air boleh menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Kedah melalui saluran Hypp Sports (703) pada pukul 9 malam Sabtu.

Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) memaklumkan mengenai perkara itu melalui akaun Facebook rasminya pada petang Sabtu.

Sebelum ini, TV3 membuat pengumuman menerusi siaran berita pukul 4 petang Sabtu bahawa perlawanan yang dijadualkan disiarkan secara langsung di saluran televisyen tersebut terpaksa dibatalkan.

Sumber memberitahu, penarikan penyiaran lansung itu diterima oleh TV3 pada pagi Sabtu tanpa diberikan penjelasan tentang arahan pembatalan tersebut.

Perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor.

JDT, Piala Sumbangsih

Artikel Berikut

Van Dirk Tak Gemuk!

Artikel Lain