suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Surat Istimewa Mourinho Kepada Penyokong Setia

JOSE Mourinho meluangka masa menulis surat istimewa kepada seorang penyokong setia Manchester United.

Biarpun jadual sehariannya sibuk dengan sesi latihan dan perlawanan kelab, Mourinho menunjukkan sikap prihatin kepada Fredrick Schofield,94, yang mengalami strok.

Schofield merupakan penyokong seumur hidup United.


“Kami diberitahu mengenai dedikasi anda terhadap Manchester United,” ujar Mourinho dalam suratnya.

“Saya hanya mahu mengucapkan terima kasih di atas sokongan  setia dan semangat terhadap kelab.

“Semangat yang ada kepada semua penyokong membuatkan saya sangat teruja.” 

Surat Mourinho  yang memaklumkan kepada Schofield ‘saya, pemain-pemain dan staf juga memikirkan anda’  membuatkan seluruh keluarganya  terkejut.

Malah surat Mourinho itu turut mengejutkan cucu Scofield yang merupakan peminat Manchester City.

“United melangkaui jangkaan saya. Minat kepada bola sepak amat menakjubkan di bandar ini, mengasingkan kami tetapi boleh membuatkan kita bersatu apabila diperlukan,” jelas Kevin di laman Twitternya.

Jose Mourinho, Fredrick Scofield

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain