suria

Masuaku Tampil Minta Maaf Selepas ‘Perangai Keji’

Masuaka (kanan) diarah keluar padang selepas menerima kad merah daripada pengadil.

PEMAIN pertahanan West Ham, Arthur Masuaku tampil memohon maaf selepas bertindak di luar batasan.

Pemain antarabangsa Perancis berusia 24 tahun itu bertindak meludah pemain lawan Nick Powell ketika bermulanya separuh masa kedua perlawanan Piala FA pusingan keempat pada Ahad.

Masuaku yang bermain di posisi pertahanan telah memuat naik status di Twitternya.

"Saya menegcewakan rakan sepasukan, pengurus, jurulatih, ahli lembaga dan semua penyokong.

"Saya sangat sedih kerana pengurus dan jurulatih telah meletakkan harapan kepada saya. Tetapi saya akan bekerja keras untuk kembalikan perkara itu.

"Ia satu saat yang sukar dikawal ketika itu, dan saya berada di luar karektor sendiri.

"Tetapi saya tahu tindakan itu sememangnya tidak boleh diterima dan saya akan belajar sesuatu apabila menerima kad merah pertama sepanjang karier ini."

Sementara itu pengurus Hammers, David Moyes melabelkan tindakan Masuaku itu sebagai 'perangai keji'.

"Masuaku akan menerima hukuman yang selayaknya," jelasnya ringkas.

Sebagai rekod pemain Leeds, Samu Saiz menerima hukuman penggantungan enam perlawanan kerana meludah, juga dalam aksi Piala FA bertemu Newport awal bulan ini.

Arthur Masuaka, NIck Powell, Ludah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain