suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya Tak Sengaja” - Bennett

PEMAIN pertahanan Cardiff City, Joe Bennett mengaku tidak sengaja menerjah betis pemain Leroy Sane.

Bennet tampil memohon maaf di atas kelakuan yang dilihat kasar ketika aksi Piala FA pusingan keempat yang menyaksikan Cardiff City tewas 2-0.

Gara-gara terjahan tersebut, pemain antabangsa Jerman itu mengalami kecederaan, namun tidak terlalu serius.

“Mahu meminta maaf kepada Leroy Sane diatas kejadian hari ini. Saya cuba membuat halangan tetapi tidak dijangka ia berlaku.

“Saya tidak berniat untuk ‘menangkapnya’ seperti itu. Saya harapkan dia cepat sembuh dan tidak ada yang serius berlaku,” jelas bekas pemain Aston Villa itu di laman Twitternya.

Tindakan tersebut juga tidak disenangi pengurusnya, Neil Warnock.

“Ia satu tindakan yang tidak profesional daripada Joe. Mungkin dia tidak mahu berdepan dengan Leeds Sabtu ini. Dia akan berlatih pagi, siang dan malam. Itu sahaja yang boleh saya katakan,” ujarnya.

Tindakan Bennett itu menyebabkan dia dilayang kad merah oleh pengadil perlawanan.

Dalam pada itu, pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui Sane terpaksa diketepikan buat seketika.

“Mungkin dua atau tiga minggu atau pun sebulan. Kita akan lihat nanti kerana ia melibatkan buku lali,” ujarnya

Leroy Sane, Joe Bennet

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain