suria

Piala FA: Manchester City, Chelsea Ke Pusingan kelima

Pemain-pemain Manchester City merai kemenangan mara ke pusingan kelima Piala FA.

MANCHESTER City dan Chelsea mara ke pusingan kelima Piala FA Inggeris.

Kedua-dua kelab berjaya mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing pada saingan keempat awal pagi Isnin.

City mencatata kemenangan bergaya 3-0 ke atas Newcastle United.

Manakala Chelsea meraihkan tiga mata penuh di tempat lawannya, Cardiff City dengan keputusan 2-0.

Pengurus City, Pep Guardiola meluahkan rasa gembira dengan kemenangan ini selepas ,berdepan dengan jadual perlawanan padat.

"Tidak ada perkataan yang sesuai untuk saya luahkan kebanggaan saya terhadap pemain-pemain dan pasukan selepas mengharungi banyak perlawanan tanpa rehat dan alami kecederaan.

"Beberapa pemain bermain dengan tempoh yang lama, tetapi sekali lagi saya katakan bahawa kami sentiasa bersedia.

"Saya merasakan sesuatu yang istimewa dengan situasi ini.

"Bermain dalam Piala FA bertemu dengan pasukan teratas dalam Liga Kejuaraan seperti Cardiff adalah sangat  sukar. Tetapi kami matang dan sangat bangga," jelas Guardiola.

Chelsea menang ke atas Newcastle United.

Selain itu, bos Chelsea, Antonio Conte turut memuji pemain-pemainnya dalam mencatat kemenangan penting ini.

"Ia merupakan perlawanan yang baik. Namun ianya bukan mudah kerana Newcastle melakukan corak permainan bertahan.

"Jika keputusan seri yang dicatat ketika Liga Perdana Inggeris, ia bukan sesuatu yang mudah," ujar Conte.

Piala FA Inggeris, Chelsea, Man City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Perlawanan La Liga

Artikel Lain