suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Federer Menangis Rangkul Grand Slam Ke-20

ROGER Federer memastikan pemain terhebat sepanjang zaman dengan merangkul gelaran Grand Slam yang ke-20 awal lewat petang Ahad.

Bintang tenis Switzerland itu meraih trofi keenam Terbuka Australia yang berlangsung di Rod Laver Arena dengan menewaskan pemain kelahiran Bosnia and Herzegovina Marin Cilic, 6-2 6-7(5) 6-3 3-6 6-1.

Kejayaan itu sekaligus menyamakan rekod yang dicipta Roy Emerson dan Novak Djokovic.

"Saya sangat gembira dan ia amat menakjubkan. Kemenangan seperti mimpi menjadi kenyataan. Cerita dongeng berterusan untuk kami dan saya. Selepas setahun...ia sukar dipercayai.

"Federer yang terharu dengan kejayaan itu membuat ucapan sambil bergenang air mata.

"Dan pasukan saya, saya sayangkan anda semua. Terima kasih," katanya.

Sementara itu Cilic yang mewakili Croatia berkata: "Tahun demi tahun Roger amat mengkagumkan. Ini mungkin tempoh dua minggu yang terbaik dalam hidup saya, tetapi Roger adalah pemain tenis hebat, lebih-lebih lagi pada set kelima.

"Saya harap akan terus bermain di sini dalam tempoh beberapa  tahun akan datang."

Roger Federerd

Artikel Berikut

Artikel Lain