suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Panggilan Untuk Liga Perlis!

Logo Persatuan Bola Sepak Perlis. - Sinar Harian

KANGAR: Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) mempelawa kelab dan pasukan bola sepak di negeri ini menyertai pertandingan Kelayakan Liga Perlis 2018  bermula Febuari tahun hadapan.

Menurut PFA, antara syarat pertandingan ialah setiap pasukan mesti diwakili pemain berumur 35 tahun ke bawah dan lima daripada mereka berumur bawah 21 tahun.

Dua pemain bawah 21 tahun itu pula perlu bermain dalam setiap perlawanan.

Persatuan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata tarikh tutup penyertaan ialah 25 Januari depan.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat pertandingan dan borang penyertaan di Pejabat PFA di No 11, Tingkat Atas, Jalan Seri Sena, Kangar atau menghubungi setiausaha pertandingan  Azahar Razak di talian 019-5532144. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain