suria

Mourinho Tak Perlu Ubah Taktik - Ferguson

SIR Alex Ferguson tidak mengharapkan Jose Mourinho untuk mengubah taktik permainannya di Old Trafford selepas pengendali Portugal itu dikritik hebat sejak akhir-akhir ini.

Mourinho dikecam teruk minggu ini selepas anak buahnya terikat seri 2-2 dengan Burnley.

Ia disusuli penyingkiran dalam aksi Piala Liga di tangan Bristol City dan terikat seri dengan Leicester ketika United terdesak untuk merapatkan jurang mata dengan seteru utama, Manchester City.

Bekas penyerang United, Dwight Yorke mendedahkan perbualannya dengan Ferguson mengenai taktikal Mourinho baru-baru ini.

Yorke mendakwa Ferguson tetap menyokong apa jua corak permainan yang diterapkan Mourinho.

“Dia melakukan tugas yang sepatutnya sebagai pengurus sepanjang kariernya.

“Saya ada berbual dengan Ferguson minggu lalu dan dia tidak mengharapkan Mourinho untuk mengubah taktikalnya kerana jika anda berjaya dengan cara ini, jadi mengapa perlu anda mengubahnya?,” kata Yorke.

United kekal di tangga kedua selepas melepaskan mata pada perlawanan Boxing Day tetapi berharap dapat memberi tentangan sengit kepada City dalam merebut trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Jose Mourinho, Sir Alex Ferguson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hajat Kelantan Tak Kesampaian

Artikel Lain