suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak Dapat Simic, Kafa Uji Pemain Import Brazil

Bibi Ramjani

KOTA BHARU: Selepas gagal mendapatkan khidmat bekas penyerang Melaka United Marko Simic, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) telah mengubah haluan dengan memburu penyerang import dari Brazil bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan Kelantan musim depan.

Presiden Kafa Bibi Ramjani Ilias Khan berkata pihaknya sudah mempunyai perancangan untuk  membawa masuk pemain import lain selepas penyerang dari Croatia itu (Simic) menolak tawaran menyertai pasukan Kelantan.

"Apa yang pasti pemain dari Brazil itu mempunyai rekod permainan yang bagus daripada Marko Simic," katanya kepada pemberita sini, Khamis.

Bibi Ramjani berkata pemain import dari Brazil iaitu Cesar Augusto dan Bruno Lopes akan tiba sebelum 1 Januari depan bagi penilaian dan rundingan kontrak.

Beliau berkata Augusto sebelum ini bermain bersama Yangon United pada saingan Liga Myanmar manakala Lopes bermain dengan Persija Jakarta di Liga Indonesia.

"Kedua-kedua pemain ini mempunyai pengalaman dengan corak pemainan di rantau Asean ini," katanya.

Sementara itu, mengenai kedudukan pemain import Abou Bakr Al-Mel dan Seydi L Imam yang sebelum ini masih mempunyai kontrak bersama pasukan Kelantan, beliau berkata pihaknya sudah melepaskan kedua-dua pemain itu.

"Abou Bakr sudah mempunyai pasukan di negara asalnya Lubnan untuk mendapatkan khidmatnya manakala Seydi dalam proses mencari pasukan lain untuk menggunakan khidmatnya," katanya.

Beliau berkata setakat ini, kuota bagi pemain import Asean belum dipenuhi dan pihaknya masih berunding dengan beberapa pemain import bagi mengisi slot itu.

-Bernama

Artikel Sebelum

Janji Haris Untuk Kedah

Artikel Berikut

Panggilan Untuk Liga Perlis!

Artikel Lain