suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Boleh Ikat Trapp

EJEN kepada bintang Paris Saint-Germain (PSG) Kevin Trapp, Jorg Neubauer sedia membuka pintu kepada Liverpool untuk mendapatkan khidmat penjaga gol itu bulan depan.

Trapp melakukan 60 penampilan bersama PSG dalam aksi Ligue 1 sejak menyertai kelab itu pada 2015.

Namun pemain kelahiran Jerman itu sering kali didakwa akan meninggalkan Pars des Princes bulan depan.

Trapp kini terpaksa bersaing dengan Alphonse Areola yang kini menjadi pilihan utama pengurus Unai Emery di Paris.

Terbaharu, Trapp dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield selepas menyifatkan Liverpool sebagai sebuah kelab hebat.

Ditanya jika Trapp akan meninggalkan PSG bulan depan, Neubauer berkata jika ada peluang, pemain itu sedia angkat kaki.

Menurut Le 10 Sport, Jurgen Klopp amat mengalu-alukan kehadiran Trapp ke Anfield.

"Ia sebuah kelab dengan tradisi yang mengagumkan. Dan sudah tentu saya peminat saingan Liga Perdana Inggeris.

"Liverpool sudah memenangi banyak trofi dan Jurgen Klopp sudah tentunya seorang jurulatih yang hebat.

"Saya belum memikirkan kelab yang akan disertai selepas ini. Namun apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak," katanya.

PSG, Kevin Trapp

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain