suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fellaini Enggan Perbaharui Kontrak

Marouane Fellaini.

MAROUANE Fellaini tidak akan memperbaharui kontraknya bersama Manchester United dan bersedia untuk angkat kaki pada Januari.

Kontrak pemain kebangsaan Belgium itu akan tamat pada hujung musim ini tetapi dia tidak menunjukkan sebarang minat untuk memperbaharuinya.

Difahamkan Pengurus Jose Mourinho mahu mengekalkannya di Old Trafford.

The Express melaporkan Fellaini sudah tawar hati untuk kekal dan terbuka menyertai kelab baharu.

Fellaini dilaporkan kecewa kerana jarang diturunkan musim ini dengan hanya disenaraikan dalam kesebelasan utama pada empat perlawanan musim ini.

Pemain berusia 30 tahun itu turut didakwa ada menerima tawaran lumayan daripada kelab yang berpangkalan di China.

Meskipun dia bebas untuk berbincang dengan mana-mana kelab pada bulan depan, United dilaporkan akan berusaha menyekat sebarang tawaran terhadapnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Moyes Kecewa Prestasi Antonio

Artikel Lain