suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Moyes Kecewa Prestasi Antonio

DAVID Moyes memberi peringatan tentang standard yang diletakkannya selepas West Ham kecuncang menentang Newcastle.

Mereka bermula dengan baik pada minit keenam, namun bahagian pertahanan mereka goyah di belakang dan lemah dalam menyusun serangan sehingga mampu ditewaskan di gelanggang sendiri.

"Gol pertama sentiasa penting dan kami sepatutnya dapat melakukannya.

"Tapi, kami tidak bermain dengan baik dan bahagian pertahanan pun lemah," kata Moyes.

Tendangan Andre Ayew diselamatkan oleh Rob Elliot dan Moyes menyedari sepakan penalti Manuel Lanzini yang tersasar di Everton bulan lalu.

Bos West Ham itu menambah: "Sudahlah susah nak dapat peluang, kami tidak boleh terlepas peluang dan perlu lakukan lebih baik.

"Ia perlawanan yang penting. Kemenangan akan meletakkan pasukan di kedudukan yang sangat kukuh," ujarnya.

Jurulatih berusia 54 tahun itu benar-benar kecewa dengan prestasi Michail Antonio yang merupakan pemain utama Hammers pada musim lalu, namun dia gagal menunjukkan impak yang sama musim ini disebabkan oleh kecederaan.

Antonio digantikan dengan Andy Caroll kurang sejam perlawanan bermula dan Moyes berkata: "Dia pemain yang penting kepada kami. Dia tidak pernah memberikan apa-apa yang boleh membantu pasukan." - Daily Mail

West Ham, David Moyes

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain