suria

United Tangguh Rundingan Kontrak Mourinho

Jose Mourinho.

MANCHESTER United memutuskan untuk menangguhkan rundingan kontrak dengan Jose Mourinho kerana mula meragui mengenai keupayaannya untuk mengemudi pasukan itu menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Meskipun United mencatatkan prestasi memberangsangkan setakat ini apabila mengungguli kedudukan teratas kumpulan A Liga Juara-Juara, anak buah Mourinho ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu Manchester City.

Dan pasukan kendalian Pep Guardiola kini dilihat berpeluang cerah untuk menjulang trofi EPL musim ini.

Menurut Mirror, lembaga pengarah United mula meragui keupayaan pengendali dari Portugal itu sama ada boleh membantu anak buahnya memintas City.

Mourinho yang terkenal dengan jolokan 'Special One' terkenal dengan corak permainan bertahan dan pragmatik terutamanya apabila berdepan lawan besar tetapi ia kurang disenangi lembaga pengarah United.

Kontrak Mourinho akan berakhir pada musim panas 2019 dan laporan sebelum ini mendakwa dia meminta tawaran baharu selama tiga tahun dengan kenaikan gaji sebagai insentif di atas usaha kerasnya.

United sudah memperuntukkan dana 300 juta pound sterling kepada Mourinho untuk membeli pemain baharu sejak dia mengemudi kelab itu pada Mei tahun lalu.

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Sebelum

Liverpool Boleh Ikat Trapp

Artikel Berikut

Artikel Lain