suria

Dulu Pemain Terkenal Tapi Sekarang...

Tinggal kenangan... Eboue bersama Cesc Fabregas.

INSIDEN bunuh diri bekas rakan pasukannya telah menghantui Emmanuel Eboue sejak dua tahun lalu.

Steve Gohouri yang pernah mewakili Wigan Athletic tujuh tahun lalu ditemui mati pada Januari 2016.

Ketika kejadian itu dia berusia 34 tahun.

Mayatnya ditemui di Sungai Rhein, Jerman.

Insiden itu ternyata memberi impak besar kepada Eboue yang kini berusaha untuk pulih daripada gejala kemurungan.

"Kami bermain bersama-sama untuk pasukan kebangsaan Ivory Coast untuk beberapa tahun lamanya.

"Dia amat tertekan. Dia membunuh dirinya sendiri.

Eboue kini bersikap rendah diri untuk mengelak dikenali penyokong.

"Saya melakukan apa sahaja untuknya. Dia bermain untuk Wigan di England. Kemudian dia pergi ke Jerman. Kemudian dia mewakili kelab bawahan.

"Suatu hari dia tidak boleh mengawal dirinya. Dia memecut keretanya masuk ke dalam laut. Mereka mencari mayatnya sebelum dijumpai seminggu kemudian," kata bekas pemain Arsenal itu.

Eboue berkata sejak itu, insiden tersebut terus menghantui fikirannya.

"Setiap hari saya berdoa. Saya mahu Tuhan bantu saya untuk bebaskan ia dari fikiran saya," katanya.

Eboue, 34, menyertai bekas pemain Liverpool dan bintang England, Chris Kirkland dan Stan Collymore, bekas pengerusi PFA, Clarke Carlisle dan pemain sayap Everton, Aaron Lennon yang turut menjalani rawatan emosi.

Selain terkejut dengan insiden bunuh diri Gohouri, Eboue turut tertekan akibat kematian datuk, Amadou Bertin dan adiknya, N'Dri Serge yang meninggal dunia pada Oktober tahun lalu.

Detik manis Eboue bersama isterinya.

Malah, kes penceraiannya yang sudah diselesaikan awal bulan ini turut memberi kesan kepada emosinya.

Dia kini sudah tidak bertemu dengan tiga anaknya selama enam bulan.

Malah larangan FIFA berikutan pertikaian dengan bekas ejennya meranapkan impian Eboue untuk kembali ke Sunderland awal tahun ini.

Bukan itu sahaja, kemurungan yang dialaminya turut menghalang Eboue untuk meneruskan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.

Emmanuel Eboue, Arsenal

Artikel Sebelum

Azam Manja Man

Artikel Berikut

Liverpool Boleh Ikat Trapp

Artikel Lain