suria

Mat Don Paling Popular

Foto: Instagram Liridonkrasniqi_8

PETALING JAYA:  Liridon Krasnigi mendedikasikan dua trrofi kemenangan kepada kawan baiknya, Alberto yang meninggal dunia tahun lalu.

Krasniqi atau lebih mesra dipanggi 'Mat Don' menerima dua trofi kemenangan pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017, Jumaat lalu.

Pemain tengah Kedah berusia 25 tahun itu mengakui trofi Pemain Import Terbaik dan Pemain Paling Popular amat menggembirakan dirinya.


"Kedua-dua trofi ini amat bermakna. Tetapi lebih menggembirakan saya adalah anugerah Pemain Paling Popular.

"Sebelum ini saya hampir meraihnya. Tetapi tahun ini ia milik saya.

"Ini juga untuk penyokong yang sentiasa memberi sokongan dan saya memberi balik dengan anugerah ini. Saya sayang Kedah.

"Saya dedikasikan anugerah bermakna ini kepada keluarga, kawan-kawan, mereka yang sentiasa berada bersama saya ketika saya tidak ada di mana-mana.

"Dan paling istimewa kepada kepada kawan baik saya yang meninggal dunia tahun lalu. Alberto, saya tahu anda sedang melihat saya hari ini," ujarnya yang sememangnya mempunyai sikap mesra dengan penyokong setia Helang merah.

Dalam pada itu, Mat Don mendedahkan kemenangan ini menjadikan dia semakin bersemangat untuk mengharungi Liga Malaysia musim depan dengan sentuhan jurulatih baharu Marco Marcote.

"Kami teruja dengan kehadiran Marcote. Saya suka cara dia melatih dan sentiasa cuba untuk perbaiki corak latihan setiap hari.

"Hubungan kami dengannya baik. Setiap tahun sasaran saya untuk menjadi yang lebih baik," ujar pemain kelahiran Kosovo ini.

Mat Don, Kedah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Britton Sesuai Urus Swansea

Artikel Lain