suria

“Perangai Macam Budak-Budak!”

Pemain-pemain Leicester City merai keputusan seri 2-2 pada aksi bertemu United awal pagi Sabtu.

PENGURUS Manchester United menggelar pemain-pemainnya sebagai 'kebudak-budakan'.

Jose Mourinho 'menyerang' skuadnya itu selepas terikat seri 2-2 bersama Leicester City ketika aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi Ahad.

Mourinho tidak berpuas hati apabila mereka melepaskan peluang menyumbat gol dan gagal mengikut arahan ketika masa kecederaan yang ketika itu Leicester bermain dengan sepuluh orang.

Jesse Lingard dan Anthony Martial terlepas peluang mudah dan Mourinho yakin permainan ini milik mereka.

Malah pengurus Portugis itu berkata, dia terpaksa meletakkan Ashley Young di barisan pertahanan selepas Chris Smalling mengalami kecederaan.

Keputusan tersebut menyaksikan United ketinggalan 13 mata daripada pendahulu liga, Manchester City.


"Kami melakukan banyak kesalahan di  bahagian pertahanan dalam perlawanan yang boleh menang. Saya ada bercakap dengan pemain ketika rehat separuh masa pertama apabila kedudukan terikat 1-1.

"Sesetengah pemain mempunyai sikap kebudak-budakan dalam membuat keputusan dan masa akan membuat mereka lebih matang.

"Tetapi sebahagian pemain masih kekal dengan perangai itu sehingga penghujung karier mereka.

"Ia terpulang apa yang terjadi ketika itu dan bagaimana mereka belajar atau tidak.

"Contohnya Scott Mctominay tidak beraksi hari ini dan banyak yang dia perlu pelajari serta dia masih lagi  kanak-kanak yang tahun lalu bermain dengan kanak-kanak.

"Tetapi tidak boleh membuat keputusan seperti kanak-kanak.

"Kami dihukum dengan kesilapan sendiri. Kanak-kanak hilang bola dengan senang. Kanak-kanak di dalam kotak, kanak-kanak di luar kotak," ujarnya. 

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Sebelum

Messi ‘Sepak’ Muka Ronaldo

Artikel Berikut

Artikel Lain