suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Southampton Tak Bercakap Dengan Manchester City!

SOUTHAMPTON tidak bercakap dengan juara Liga Perdana, Manchester City berhubung perpindahan pemain pertahanan Belanda, Virgil van Dijk, menurut pengurus Mauricio Pellegrino yang mengesahkan perkara itu.

Laporan oleh pihak media Britain mendedahkan, City telah memulakan rundingan dengan Southampton untuk mengambil pemain pertahanan yang hebat itu ke Stadium Etihad semasa tingkap perpindahan Januari ini.

"Saya bersama Les Reed (timbalan pengerusi Southampton) berbincang mengenai perkara itu, namun tiada siapa yang tahu," kata Pellegrino.

"Saya tahu Virgil merupakan pemain yang penting dan banyak spekulasi mengenai dirinya seperti pemain lain di dalam skuad itu. Saya tidak boleh kawal dan tidak mahu bercakap mengenainya."

Van Dijk yang telah melakukan sebanyak 12 permulaan liga untuk Southampton turut dikehendaki oleh beberapa kelab Liga Perdana termasuk Liverpool.

Liverpool dipaksa untuk membuat permohonan maaf secara terbuka selepas didakwa melakukan pendekatan haram terhadap pemain itu di penghujung musim. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain