suria

Sevilla Pecat Berizzo

SEVILLA memecat jurulatihnya, Eduardo Berizzo seminggu selepas dia kembali bertugas.

Pengendali dari Argentina itu kembali bertugas selepas selamat menjalani pembedahan kanser prostat ketika pasukannya terikat seri tanpa jaringan dengan Levante pada 15 Disember lalu.

Sevilla tewas 1-3 kepada Real Sociedad pada Rabu, hanya memperoleh satu mata daripada tiga perlawanan terdahulu dan menduduki tangga kelima La Liga.

Berizzo menyertai Sevilla dari Celta Vigo pada Mei lalu.

Dia mendedahkan penyakitnya kepada umum selepas Sevilla bangkit mengikat Liverpool 3-3 pada aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, 21 November lalu.

Dalam satu kenyataan, Sevilla berkata pasukan itu dalam proses mencari ketua jurulatih baharu.

Mereka akan bertemu Real Betis pada 6 Januari ini.

Sevilla akan menentang Manchester United pada kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara dengan aksi pertama di gelanggang sendiri, 21 Februari ini.

Sevilla

Artikel Berikut

Artikel Lain