suria

Lukaku Bertengkar Dengan Mourinho

ROMELU Lukaku terlibat dalam satu pergaduhan dengan Pengurus Jose Mourinho berhubung posisinya dalam kesebelasan utama, awal bulan ini.

Selepas tiba di Old Trafford dari Everton dengan perpindahan bernilai 75 juta pound sterling, Lukaku memulakan kariernya dengan cemerlang apabila menjaringkan 11 gol dalam 10 aksi pertama bersama United.

Namun pemain kebangsaan Belgium itu hanya menjaringkan satu gol dalam 12 penampilannya dan dilihat hilang keyakinan.

The Sun melaporkan prestasinya berada di bawah par menyebabkan kedudukannya dalam skuad utama tidak terjamin.

Malah Mourinho sudah serik memberitahu Lukaku mengenai posisinya untuk beraksi dari kawasan teknikal.

Lukaku diturunkan dari bangku simpanan ketika tewas kepada Bristol City pada saingan Piala Carabao.

United kini menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris, ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Mereka akan berkunjung ke Stadium King Power untuk berdepan Leicester City pada Sabtu.

Menjelang pertembungan itu, Mourinho menjangkakan saingan pasti sukar.

"Saya fikir jika pasukan hebat menonjol, amat sukar untuk kami mempunyai impian yang sama atau meraih pencapaian menakjubkan.

"Namun saya fikir mereka (City) melakukan yang terbaik, berada di kedudukan selesa, tiada drama dan tidak takut," katanya.

Romelu Lukaku, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kedah ‘Sapu Bersih’ Trofi ABK17

Artikel Lain