suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Messi ‘Sepak’ Muka Ronaldo

Ronaldo mengelak mukanya daripada tegrkena sepakan percuma yang dilakukan Messi. Foto: Beinsport.

PERLAWANAN 'El Clasico' tidak pernah membosankan peminat-peminat bola sepak dunia.

Aksi antara Barcelona dan Real Madrid sentiasa berlaku drama yang tidak dijangka, lebih-lebih lagi melibatkan dua pemain, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Seawal minit kesepuluh perlawanan, bintang Real, Ronaldo hanya menyepak 'angin' apabila sepakannya tidak terkena bola.

Ronaldo terlepas sepakan.

Selepas itu, muka Ronaldo sekali lagi 'merah padam' apabila sepakan percuma lawan yang dilakukan Messi terkena mukanya.

Lebih malang, Real Madrid yang beraksi di tempat sendiri gagal menyumbat sebarang gol, manakala Barcelona pulang dengan bergaya tiga jaringan.

Pada aksi La Liga awal pagi Ahad ini, jaringan kemenangan dilakukan oleh Luis Suarez minit ke-54, Messi (64') dan Aleix Vidal (90').

Cristiano Ronaldo, Lionel Messi

Artikel Sebelum

Britton Sesuai Urus Swansea

Artikel Berikut

Artikel Lain