suria

Scolari Dedah Punca Dipecat

LUIZ Felipe Scolari mengakui pergaduhan dengan Nicolas Anelka mengenai usaha untuk meletakkannya dan Didier Drogba dalam skuad utama menjadi punca dia dipecat dari Chelsea.

Bekas pengurus Brazil itu dipecat pada Februari 2009 kerana didakwa tidak fasih berbahasa Inggeris.

Namun Scolari menegaskan dia tiada masalah komunikasi dengan pemainnya.

Sebaliknya, Scolari mendedahkan punca sebenarnya adalah disebabkan pertelingkahan mengenai pemain yang patut diturunkan untuk memperkukuh jentera serangan Chelsea.

Dengan Drogba terlepas aksi permulaan musim akibat kecederaan, Anelka yang menamatkan saingan musim itu sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris mempamerkan prestasi memberangsangkan.

Sebaik Drogba kembali, dia cuba mewujudkan sistem untuk menurunkan kedua-duanya di bahagian serangan tetapi ia mencetuskan pertelingkahan di dalam pasukan.

"Saya ada Anelka di bahagian hadapan. Sembilan. Penjaring terbanyak dalam EPL.

"Drogba kembali, saya buat mesyuarat dan dalam mesyuarat itu saya kata, Drogba sudah kembali selepas dua bulan. Kita akan cuba menyelesaikan situasi membabitkan bahagian serangan.

"Kemudian Anelka kata, saya tak mahu bermain di bahagian sayap. Kemudian saya kata, anda tak mahu, seseorang akan bermain di bahagian kiri. Saya tidak akan bertengkar dengan anda semua. Dan dari situ timbullah beberapa perkara lain.

"Mereka kata saya tidak bercakap bahasa Inggeris dengan baik. Saya memang tak fasih tapi saya boleh faham dengan baik," katanya.

 

Luiz Felipe Scolari

Artikel Sebelum

Barcelona Risik David Luiz

Artikel Berikut

‘Semua Calon Finalis Terbaik’

Artikel Lain