suria

Barcelona Risik David Luiz

BIARPUN jendela perpindahan pemain belum dibuka secara rasmi, Barcelona sudah mengemukakan bidaan awal kepada Chelsea untuk mendapatkan khidmat David Luiz.

Luiz tidak lagi sebulu dengan Antonio Conte sejak awal musim ini selepas pemain itu secara terbuka menyalahkan pengendali Itali tersebut sebagai punca kekalahan kepada Roma.

Pemain kebangsaan Brazil itu kemudian bergelut dengan kecederaan lutut yang menyebabkan dia terpaksa berehat panjang.

Malah tempatnya diisi pemain muda Andreas Christensen sejak hujung Oktober lalu.

Perbalahan antara Conte dan Luiz yang berlanjutan turut membuka peluang kepada beberapa kelab terkemuka Eropah untuk mendapatkan khidmatnya bulan depan.

Selain Barcelona, Real Madrid dan Arsenal turut berminat terhadap Luiz.

Menurut laporan Telefoot, Barcelona ada kelebihan memiliki Luiz kerana telah menghubungi Chelsea untuk merisik pemain tersebut.

Barcelona kini dilaporkan setuju melepaskan Javier Mascherano ke Hei China Fortune dan Luiz merupakan pemain berpotensi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Malah, Catalunya Radio mendakwa Luiz telah terbang ke Barcelona untuk menjalani rawatan lutut dan menggunakan cuti pelepasan itu bagi berbincang dengan kelab gergasi Sepanyol tersebut mengenai perpindahan ke Camp Nou.

David Luiz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Scolari Dedah Punca Dipecat

Artikel Lain