suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

City Mahu Sambar Van Dijk

MANCHESTER City sudah mengadakan rundingan dengan Southampton mengenai Virgil van Dijk.

Bintang Belanda itu menjadi sasaran Liverpool pada musim panas lalu tetapi The Reds dipaksa memohon maaf kepada Southampton selepas didakwa cuba mendapatkan Van Dijk tidak mengikut prosedur.

The Guardian melaporkan Pep Guardiola kini memaklumkan kepada pihak pengurusan City bahawa dia mahukan Van Dijk dan Alexis Sanchez dari Arsenal.

Dan City sudah bertindak atas nasihat Guardiola apabila mengadakan rundingan dengan Southampton untuk memuktamadkan perpindahan Van Dijk.

Van Dijk turut menghantar permohonan berpindah pada musim panas lalu dan bidaan sekitar 60 juta pound sterling sudah memadai untuk memujuk Southampton melepaskan pemain itu.

Guardiola menyifatkan pemain berusia 26 tahun itu sebagai pengganti kepada Vincent Kompany yang hanya beraksi dalam tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini kerana masih bergelut dengan kecederaan.

Chelsea juga berminat terhadap Van Dijk dan awal bulan ini, Antonio Conte memberi amaran kepada City bahawa mereka akan berusaha mendapatkan khidmat pemain tersebut.

"Setiap pasukan, setiap kelab perlu memberikan tumpuan terbaik.

"Kerana kelab seperti Manchester City akan mengambil semua pemain hebat. Ia jadi sukar buat kami untuk bersaing. Bukan sahaja di England tetapi juga Eropah," katanya.

Virgil van Dijk

Artikel Sebelum

‘Semua Calon Finalis Terbaik’

Artikel Berikut

Artikel Lain