suria

Coutinho Setuju Syarat Peribadi Dengan Barcelona

BARCELONA dilaporkan semakin hampir mendapatkan khidmat bintang Liverpool, Philippe Countinho selepas mencapai persetujuan mengenai syarat peribadi dengan pemain tersebut.

Coutinho, 25, mahu menyertai berhijrah ke Camp Nou pada musim panas lalu dan menyerahkan permohonan untuk berpindah dalam usaha merealisasikan perpindahan itu.

Namun Liverpool menolak tiga tawaran yang dikemukakan Barcelona.

Menjelang jendela perpindahan pemain dibuka semula bulan depan, Coutinho tetap mahu berhijrah ke Sepanyol.

Malah ejen pemain tengah Liverpool itu sudah mengadakan mesyuarat dengan Barcelona minggu lalu.

Difahamkan kedua-dua pihak bersetuju mengenai tawaran yang dianggarkan bernilai 10.6 juta pound sterling setahun itu.

Ini bermaksud Coutinho akan menerima bayaran gaji sekitar 200,000 pound seminggu.

Meskipun syarat peribadi sudah dipersetujui, Barca masih perlu memujuk Liverpool untuk melepaskan Coutinho.

Philippe Coutinho

Artikel Sebelum

City Mahu Sambar Van Dijk

Artikel Berikut

Lemar Sudah Buat Pilihan

Artikel Lain