suria

KFA Dapat Peruntukan RM30 Juta

Tan Sri Dato’ Dr. Khor Eng Chuen, Pengarah Urusan dan Puan Sri Datin Ginney Chew, Ketua Pegawai Kewangan, penaja utama ECK Development Sdn. Bhd. turut hadir mengikuti perjalanan Kongres KFA ke-42 di Wisma Darul Aman. - Facebook/ KFA

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memperoleh peruntukan RM30 juta bagi musim 2018 berbanding RM27 juta tahun ini bagi memenuhi pelbagai aspek keperluan dalam memastikan Lang Merah bersedia menghadapi cabaran musim depan.

Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata daripada jumlah RM30 juta itu, sebanyak RM18 juta diterima daripada penaja utama, ECK Development Sdn Bhd.

"Sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk mendapatkan khidmat lima pemain import dan buat masa sekarang kami mempunyai dua pemain import lama iaitu Sandro Da Silva dan Liridon Krasniqi.

"Kami masih mencari tiga pemain import dan ia dijangka selesai menjelang pertengahan Januari 2018 bagi membolehkan pasukan bersiap sedia untuk perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada Februari nanti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Kongres Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ke-42 di Wisma Darul Aman, Rabu.

Katanya, pemilihan tiga pemain import itu akan dibuat oleh Ramon Marcote sebagai jurulatih utama dalam usaha untuk membina satu pasukan yang kuat sebelum ia akan dimuktamadkan bersama pihak KFA. - Bernama

KFA

Artikel Sebelum

Christensen Umpama Terry - Conte

Artikel Berikut

Swansea Buang Paul!

Artikel Lain