suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bristol City Ketepikan Manchester United, Jumpa Manchester City Di Final

Bristol City berada di separuh akhir Piala EFL, tetapi tidak pernah berjaya ke final. - BBC

BRISTOL City berjaya mengenepikan Manchester United daripada Piala Carabao apabila layak ke perlawanan separuh akhir untuk menentang Manchester City.

Pasukan bola yang dianggap berprestasi tinggi itu mengecewakan peluang pada malam Rabu apabila gol terakhir Korey Smith mengejutkan United di Ashton Gate.

Ia adalah kelab keempat yang dibenamkan oleh Robins pada musim ini dan berpeluang untuk mengumpul piala kejuaraan yang lain sekiranya berjaya mengatasi pasukan teratas Liga Perdana.

Dalam pertembungan empat perlawanan lagi, Chelsea akan bertemu dengan Arsenal sekali lagi seperti perlawanan akhir Piala FA musim lalu.

Mereka akan bermain secara timbal balik pada perlawanan yang bermula antara 8 hingga dan 22 Januari tahun depan.

Bristol City yang berada pada kedudukan ketiga dalam kejuaraan itu telah mengalahkan Watford, Stoke dan Crystal Palace sebelum menewaskan United untuk beraksi dalam perlawanan pertembungan bersama pasukan Pep Guardiola.

The Robins akan ke Stadium Etihad terlebih dahulu sebelum menjadi tuan rumah kepada City di Ashton Gate pula.

"Ia cemerlang," kata bos City, Lee Johnson kepada Sky Sports.

Bristol City

Artikel Sebelum

Swansea Buang Paul!

Artikel Berikut

Artikel Lain