suria

Christensen Umpama Terry - Conte

LONDON: Pemain pertahanan muda Chelsea, Andreas Christensen umpama John Terry apabila dianggap mempunyai bakat luar biasa ketika beraksi di padang.

Malahan, pengurusnya, Antonio Conte kagum dengan persembahan cemerlang pemain berusia 21 tahun yang mewakili kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Kerjaya bekas pemain antarabangsa England, Terry berkembang menerusi sistem pasukan belia Chelsea dan beraksi lebih 650 penampilan bersama skuad senior.

Malahan, Terry menggalas tugas sebagai kapten pasukan sejak 2004 dan memenangi lima gelaran liga dan Piala FA bersama beberapa trofi lain.

“Ia adalah perbandingan besar di mana John Terry mengukir sejarah kelab ini dan memenangi banyak gelaran.

“Saya harap Christensen mempunyai kerjaya yang sama seperti John kerana dia mempunyai karektor yang tepat untuk bermain bersama kelab ini bagi tempoh beberapa tahun dan menjadi pemain penting.

“Setiap kali saya memutuskan untuk memberi peluang kepadanya bermain, dia akan beraksi dengan prestasi yang luar biasa.

“Persembahannya meyakinkan saya bahawa dia harus bermain dengan lebih kerap," katanya.

Untuk rekod, Terry, 37, menyertai pasukan Liga Kejuaraan (liga kedua) Aston Villa sebelum bermula musim ini.- Reuters

Terry, Conte, Christensen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

KFA Dapat Peruntukan RM30 Juta

Artikel Lain