suria

‘Sambil Menyelam Minum Air’

PEMAIN pertahanan Chelsea, David Luiz menggunakan lawatan ke Barcelona bagi merawat kecederaan lututnya untuk berbincang dengan kelab gergasi Sepanyol itu mengenai peluang berhijrah ke Camp Nou, awal bulan depan.

Luiz dilaporkan sudah tidak lagi sebulu dengan Antonio Conte sejak awal musim ini.

Akibatnya dia kerap disisihkan dan tempatnya diisi pemain muda Andreas Christensen.

Malah, Luiz dikaitkan akan meninggalkan Stamford Bridge menjelang jendela perpindahan pemain dibuka semula bulan depan dengan Real Madrid dan Arsenal turut berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Pemain berusia 30 tahun itu dibenarkan berlepas ke Catalonia oleh Chelsea untuk menjalani rawatan lutut.

Barca pula dilaporkan mahu mencari pemain pertahanan baharu memandangkan Javier Mascherano akan meninggalkan kelab itu secara percuma bulan depan.

Mascherano dilaporkan menerima tawaran lumayan daripada sebuah kelab di China.

Barca pernah cuba mendapatkan khidmat Luiz sebelum ini tetapi usaha mereka tidak berjaya.

Setiausaha Teknikal Barca, Roberto Fernandez yang bertanggungjawab menguruskan perpindahan pemain dilaporkan masih berminat untuk merisik Luiz.

David Luiz, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain