suria

Lima Import Kedah - Ramon Marcote

Marcote memberi arahan kepada pemain semasa sesi latihan pra musim 2018. foto Facebook Kedah FA.

SKUAD baharu Kedah termasuk lima import akan mula menjalani latihan bersama selepas sambutan Hari Natal, jelas Ramon Marcote.

Ketua jurulatih baharu Kedah itu berkata, walaupun latihan telah dimulakan, namun Liridon Krasniqi dan Sandro Da Silva masih diberi pelepasan.

“Saya akan kembali ke Sepanyol untuk bercuti bersama keluarga dan akan kembali untuk latihan semula pada 28 Disember ini.

"Dalam latihan itu, saya harap kesemua pemain termasuk import baharu akan ada bersama kita untuk melakukan persediaan menghadapi Liga Malaysia 2018 yang kita tahu agak mencabar.

“Kita sudah kenal pasti pemain import mengikut kategori yang ditetap iaitu dari Asia, Asean dan Eropah. Jika tiada sebarang masalah, mereka akan tiba untuk latihan pada akhir bulan ini. Sebarang pengumuman akan dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA)," katanya kepada mStar Online.

Bekas penolong ketua jurulatih Kedah itu turut memuji semangat yang ditunjukkan pemain Kedah dalam sesi latihan intensif sejak seminggu lalu walaupun terpaksa menghadapi cuaca panas.

Jelasnya, pemain telah memberikan kerjasama yang baik dalam sesi latihan fizikal mengikut metodologi yang dibawanya.

Selain itu, Marcote turut meminta penyokong bersabar mengenai perkembangan pemain import yang akan bersama skuad hijau kuning untuk musim depan.

“Saya tahu ramai penyokong mendakwa penyerang Kedah musim 2018 dari Sepanyol, tetapi tidak mustahil jika dapatkan dari negara lain seperti Brazil atau lain-lain negara dari Eropah," katanya.

Skuad kendalian Marcote akan memulakan Liga Malaysia dengan berdepan JDT bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

Ramon Marcote, Kedah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain