suria

United Yakin Jadi Pilihan Hazard

MANCHESTER United yakin mereka boleh menewaskan Real Madrid dalam usaha mendapatkan khidmat Eden Hazard bulan depan.

Kelab gergasi England itu dikatakan sedia menawarkan bidaan bernilai 90 juta pound sterling kepada Chelsea.

Pemain kebangsaan Belgium itu masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun setengah bersama The Blues.

Namun dia menolak untuk memperbaharui kontraknya di Stamford Bridge dengan dijanjikan tawaran lumayan 300,000 pound sterling seminggu.

Hazard menyertai Chelsea dari Lille pada 2012 dan pernah bekerjasama dengan Mourinho selama dua setengah musim.

Pemain berusia 26 tahun itu pernah bertelagah dengan Mourinho sebelum pengendali Portugal tersebut dipecat pada Disember 2015.

Namun hubungan mereka masih lagi baik dan United cuba untuk memuktamadkan perpindahan tersebut.

Pada masa sama, Zinedine Zidane juga secara terbuka menyatakan minatnya terhadap Hazard.

Difahamkan Chelsea masih mahu mengekalkan Hazard dan akan menjadikannya pemain menerima bayaran paling tinggi dalam sejarah pasukan itu.

Sekiranya Hazard mahu angkat kaki, mereka sanggup menjualnya kepada kelab lain berbanding United.

Eden Hazard, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ejen Dybala Bertemu United

Artikel Lain