suria

Ejen Dybala Bertemu United

Paulo Dybala.

MANCHESTER United mengadakan rundingan dengan Gustavo, abang dan ejen kepada bintang Juventus, Paulo Dybala mengenai perpindahan ke Old Trafford.

Pemain kebangsaan Argentina itu merupakan penjaring terbanyak Juventus musim ini.

Dia dipercayai tidak sebulu dengan pengurus Max Allegri menyebabkan dia sekadar memanaskan bangku simpan dan dua aksi liga baru-baru ini.

Rancangan televisyen Itali, RAI Sport melaporkan Dybala yang bernilai sekitar 155 juta pound sterling mahu angkat kaki dari Turin.

Gustavo telah bertemu dengan United dan juga Real Madrid untuk berbincang mengenai masa depan pemain tersebut.

Dybala dipercayai mahu berhijrah ke Old Trafford berbanding Santiago Bernabeu di mana dia mahu bekerjasama dengan Paul Pogba.

Kedua-dua mereka rapat semasa bersama-sama di Turin dengan Dybala menyifatkan perpindahan Pogba amat memberi kesan kepada dirinya.

Pogba menghangatkan lagi spekulasi Dybala ke Old Trafford apabila memuatnaik imej dia sedang membuat panggilan video dengan Dybala dalam laman Instagramnya.

Walaupun tidak menjaringkan gol sejak pertengahan November lalu, Dybala kekal penjaring terbanyak kelab Itali itu dengan 12 gol.

Paulo Dybala

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Piala Liga

Artikel Lain