suria

Moyes Yakin Boleh Pimpin Mana-Mana Kelab

David Moyes. - Reuters

DAVID Moyes yakin dia mampu menguruskan mana-mana pasukan bola sepak di dunia dan mahu membuktikannya melalui West Ham.

Moyes mula memanaskan padang di kelab baharunya dengan kejayaan meraih keputusan 3-0 di Stoke pada Sabtu lalu sekaligus menjadikan kemenangan itu sebagai perlawanan ketiga berturut-turut yang dimenangi mereka.

Sebelum itu, pasukan pimpinan Moyes tewas 201 di Manchester City sebelum menundukkan Chelsea dan seri menentang Arsenal di laman sendiri.

Mereka telah mendaki keluar daripada tempat penyingkiran dan kini menduduki tempat ke-15 menjelang perlawanan suku akhir Piala Carabao di Arsenal.

Seperti West Ham, Moyes mengakui dia juga membina semula reputasinya selepas nasib malang membelengu dirinya ketika meguruskan Manchester United, Real Sociedad dan Sunderland sebelum ini.

"Saya perlu datang ke sini dan menunjukkan saya boleh melakukannya," kata pengurus kelahiran Scotland itu.

"Jika anda seorang pemain, anda perlu menunjukkan apa yang boleh anda lakukan. Reputasi anda tidak membuktikan pa-apa.

"Anda perlu datang ke sini dan cuba bangkit serta menunjukkan bahawa anda mampu melakukan tugas ini. Saya fikir saya mampu memikul tanggungjawab ini untuk mana-mana kelab di dunia, jadi saya yakin saya dapat melakukannya di West Ham," katanya. - Eurosport

David Moyes, West Ham

Artikel Sebelum

TFC II Sasar Kelompok Lima Terbaik

Artikel Berikut

Kereta Mewah Lukaku

Artikel Lain